01 April 2011

Tribute to P. Ramlee

 Tan Sri P. Ramlee

Seniman negara terulung. Siapa yang tidak kenal dengan P.Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria bin Teuku Nyah Puteh? Lahir pada 22 Mac 1929. Kalau beliau masih hidup umurnnya adalah 81 tahun. Memang rugi la sapa yang tak kenal dengan P.Ramlee ni. Masa kecik-kecik aku tak pernah miss tengok cerita dia. Boleh kata semua cerita P.Ramlee memang best sangat-sangat.

Zaman kecik memang suka tengok cerita Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Bujang Lapok, Labu-labi, Masam-masam Manis, Penarik Beca, Ahmad Albab, 3 Abdul,  Sumpah orang minyak, Musang berjanggut dan banyak lagi la. Aku cerita sikit-sikit la pasal cerita yang best dengan dialog-dialog aku menusuk otak dan kalbu aku sejak dulu.


Paling best bagi aku PENDEKAR BUJANG LAPOK. Sempoi, tak berat, kelakar, best dan semua la. Lagu dia lepas kes bergadoh kat jeti tu best. Pok pok pok, bujang lapok, ada mancis tak ada rokok, jalan jauh tersengguk sengguk, Tumit melecet hai lutut terbengkok...la la la la la la..memang best la. ni lirik dia..


Pok Pok Pok Bujang lapok
Ada mancis tak ada rokok
Jalan jauh tersenggok-senggok
Tumit melecet hai lutut terbengkok


Pok Pok Pok Bujang lapok
Poket kosong hai penuh habuk
Tak da nasi pakai cencaluk
Sampai kini terlupa cebok

La la la la la la la

Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk
Jalan lurus ai jalan belok-belok
Aku dah penat terbatuk-batuk
Bau asem hai ketiak siapa busuk


Pok Pok Pok Bujang lapok
Kena bantai tulang rusuk
Jalan senget terhangguk-hangguk
Jumpa doktor tampal koyok

La la la la la la la

Bujang Lapok
Bujang Lapok
Bujang Lapok
Bujang Lapok
Tu baru lagu yang best. Pastu depa ni nak cari Kg Pinang Sebatang. Kononnya nak belajar silat dengan pendekar mustar. Jalan punya jalan jumpa la sekolah agama. yang best nya depa ni mana la pandai membaca. Zaman-zaman dulu memang ramai yang tak pandai membaca sebab tak sekolah. Keadaan ekonomi dan sosial negara kita dulu susah. Tak cam sekarang pakai iPad la, iPhone la, macam-macam i la yang ada.


"Alif mim nun wau...sarkis", Sudin cakap

"Sarkis? Tulis panjang-panjang sebut Sarkis je ke..ini sekolah la", Ramli jawab

"Yela..ini sekolah", Ajis pulak sambung.

 Scene ni time diorang nak mintak maaf dengan cik Ros. Mula-mula Ramli, keluar-keluar Pendekar Mustar terpaksa la bukak silat. haha. pastu Sudin, keluar-keluar Makcik, apa lagi dia mintak kopi. hahahahaha. Ajis lak, keluar-keluar Eni, dia nak apetah aku lupa..hahaha.. yang keempat baru Cik Ros, then sume pun cakap, "Melelepas...."

 Ni lepas diorang dapat surat misteri. Dari Cik Ros. aku suka part ni dan aku hafal dialog Sudin, Ajis. Ramli lak takde dialog pasal dia tengok dekat jauh pun tak nampak. hahahaha

Ramli: tak nampak katanya
Sudin: wal padang pasiru taaduril pokok kayuwi, wal unta walkehabisanullazi,  tompok2 taik unte
Ajis: Al-kisah, al-kisah maka tersebutlah kisah, sang kancil datang beramai-ramai  mengadap ke bawah duli yang maha mulia sultan firaun. (Ramli: rampas surat, "mana firaun pakai sultan", Ajis: "entahhh")

Ni Pak Mat sebut dengan lancarnya huruf 'M'.. maka digelakkan Pak Mat yang suka gelakkan pendekar bujang lapok yang semua huruf Jim, Kha, Khof tu mambang, Mambang tanah la, Jin mata tonjing la..hahahah


I/C P.Ramlee


Di bawah adalah rancangan khas History dalam ASTRO baru-baru ini. Memang terkenangkan jasa-jasa P.Ramlee dalam dunia perfileman tanah air. Al-Fatihah buat P.Ramlee

09 June 2010

Cerita Piala Dunia 1

Teringat aku pada tandukan kencang daripada Zinedina Zidane pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman antara Itali dan Perancis di mana ia dimenangi oleh Itali. Tandukan daripada Zidane membuktikan kepala botak tidak semestinya tidak hebat dimana kedua-dua tandukan daripada Zidane membolehkan Perancis menjuarai Piala Dunia tahun 1998 di negaranya sendiri dengan menewaskan Brazil 3-0. Namun tandukan padu Zidane pada tahun 2006 bukan pada bola tapi pada dada Marco Materazzi.

tandukan padu Zidane

Tandukan hebat daripada Zidane kali ni membolehkan beliau dianugerahkan kad merah tapi hati tetap puas. Apa yang penting, Materazzi yang bermain api perkauman patut dihukum seperti itu.

Ok, kali ni Piala Dunia di Afrika Selatan di mana 32 negara layak bertanding selepas mengharungi kelayakan Piala Dunia sejak 2 tahun lepas. Malaysia pula bila agaknya layak. Aku rasa tahun 2020 pun belum tentu dapat masuk melainkan dengan usaha bersungguh-sungguh dari negara kita Malaysia melobi sebagai tuan rumah Piala Dunia tahun 2022. Kalau jadik tuan rumah automatik dapat masuk. Kalau ikut merit konfirm tak dapat.


*****************************
Seingat aku, Piala Dunia pertama aku tengok adalah Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Time tu aku tengok final antara Brazil dengan Itali. Brazi menang penalti 3-2. yang ingatnya time giliran Roberto Baggio nak sepak penalti. Time ni aku berumur 9 tahun aka darjah 3.
Roberto Baggio pun menyepak bola dannnnnnnn...adoi, bola terus bukan menerjah ke jaring tapi tinggi bangunan 3 tingkat. Apa dah jadi aku pun tak tau. Ingat aku dia ni gabra la.

Player-player yang aku ingat time tu pemain Brazil macam Dunga. Dia ni kapten pasukan. Rambut flattop tak silap aku. Main tengah. Romario ni penyerang. Ronaldo tak kenal dan tak tau pulak dia ada jadi simpanan lepas 10 tahun. Ha, keeper dia memang aku ingat. Nama dia Taffarel. (aku belum check lagi list, jap lagi aku listkan yang fakta). Bebeto, paling senang nak ingat. Pendek dan lincak. Macam Messi sekarang ni la kot. Leonardo, tapi tak femes sangat.

setelah aku google dengan pakcik google hasilnya ialah; 

Taffarel, Jorginho, Aldair, Marcio Santos and Leonardo; Mauro Silva, Dunga (C),
Mazinho and Zinho; Bebeto and Romário.

Reserves: Zetti (G), Gilmar (G), Cafu, Ricardo Rocha, Ronaldão, Branco, Raí, Paulo Sérgio, Muller, Ronaldo and Viola.

Player paling aku kenal dalam skuad Itali 1994 hanyalah seorang iaitu Roberto Baggio. Berambut panjang dan memang best dia main. Jersi no 10.

Wa  pun sedih woo time nie


Selain daripada mereka yang aku kenal ada pemain best dari Colombia. Kalau korang ingat Vallerderama. Berambut afro dan hebat. Jom google gambarnya kalau korang ingat.
Nama dia Carlos Valderrama da. Bukan Vallerderama. Haha. Aku silap dari kecik la. tapi apa-apa pun jarang dah pemain bola pakai rambat macam nie. takut banyak lalat tersangkut dan sesat. 


*******************************


Ok, next Piala Dunia aku layan Piala Dunia 1998 di France. Memang gila bola time ni. Ni pun aku tingkatan 1. Team aku suka adalah Argentina sebab ada Gabriel Omar Batistuta aka Batigol. Aku ingat diorang orang Islam sebab ada Omar. Bila dah besar panjang google sebab apa ada nama Omar. Rupanya Omar ni nama kaum atau hanyalah nama di kawasan Argentina dan Amerika Selatan dan bukanlah sebab dia ni Islam. 

Batistuta

Final Piala Dunia 1998 antara France dan Brazi memang layan dan aku tengok final Brazil main tidak macam samba mereka yang hebat. Tiba-tiba lembik dan tidak bermaya dengan kehebatan France. Dengar kata time ni Ronaldo sakit. Aku pun tak ingat sebab apa.

Gol-gol Zidane melalui tandukan dan satu gol lagi oleh sapa aku tak ingat. 

Skuad Piala Dunia France 2010

Seingat aku tiap kali nak start bola, Fabien Barthez, berkepala botak ni akan dicium oleh tak ingat sapa la. Tapi mamat ni cium kepala botak Barthez. Sebab tulah tuah dapat jadi juara Piala Dunia 1998.


***********************************

Penat den nak tulis. Ada kerja lain sat. Nanti aku sambung cerita Piala Dunia 2 nanti. 

Sekian.

08 June 2010

Kisahnya GPS

Suatu hari tu ada seminar progress report meeting di sini. Memang semua kusyuk dan takut menantikan giliran masing-masing untuk mempersembahkan hasil kerja sepanjang semester bekerja. Mana tidaknya, ada yang tak cukup result, ada yang tak siap statistik, tak siap lab work dan pelbagai ragam mereka. 



Setiap orang diberikan masa 15 minit untuk membentang dimana 10 minit present, 5 minit soal-jawab. Sedang ditengah-tengah presentation seorang dari kawan aku, tiba-tiba kedengaran suara perempuan awal-awal 20-an bercakap,

"Please turn right, please turn right"

"Go straight until the next junction"

Kalut sorang mamat ni duk mencari hpnya yang diletakkan di dalam beg yang tidak dizipkannya. Apalagi bila dia mengambil hpnya untuk ditutup kedengaran lagi perempuan itu bersuara,

"Please slow down, please slow down".

Pucat lesi mamat ni mukanya. Apa taknya, perempuan simpanannya bersuara. 

Maka, kami semua di dalam bilik itu ketawa berdekah-dekah dan presentation terhenti selama 1 minit dan diteruskan kemudian. 

Sekian.